Tabika Perpaduan Sri Nibong ini telah ditubuhkan pada tahun 1987. Tabika ini berada di dalam kawasan bandar. Dahulunya tabika ini diperbuat daripada kayu tdan berkeluasan 65 kaki x 20 kaki tetapi telah dirobohkan dan sekarang tabika ini telah dibina semula menggunakan batu.
Keluasan Bangunan sekarang ialah 60 x 40 kaki dan mempunyai tanak berpagar yang berkeluasan 100 kaki x 100 kaki. Bangunan Pusat Aktiviti Rukun Tetangga Sri Nibong yang baru ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima DR. Maximus Johnity Ongkili (P.G.D.K , A.S.D.K, J.P), Menteri Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Tenaga Pengajar di tabika ini terdiri daripada kakitangan dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional iaitu seorang guru dan seorang penolong guru. T enaga pengajar di tabika ini adalah terlatih dan telah mendapat Diploma Pengajian Prasekolah dari Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman. Tabika ini beroperasi bermula jam 7.30 pagi hingga 3.00 petang dari hari Isnin hingga Jumaat manakala sesi pengajaran dan pembelajaran pula bermula pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Setiap aktiviti yang dijalankan sentiasa mendapat sambutan yang memberangsangkan dari penduduk dan waris pelajar.
E-mail Tabika : krtserinibong2016@gmail.com
Facebook Tabika : Tabika Perpaduan Sri Nibong